Kami sedia menerima jemputan untuk menyampaikan ceramah dan bengkel berkaitan:
Perkembangan biopsikososial kanak-kanak dan remaja.
Pendidikan reproduktif dan seksual yang sesuai mengikut peringkat umur.
Isu dan gejala sosial semasa dalam kalangan remaja
Ceramah keibubapaan bagi membantu ibu bapa memahami dan menyokong kesihatan mental serta perkembangan sosial anak-anak mereka
Pendidikan Kesihatan Mental umum dan khusus .
( serta topik-topik yang berkaitan mengikut kesesuaian permintaan)
Ceramah kami disampaikan secara interaktif, berasaskan ilmu perubatan dan psikologi perkembangan, dan disesuaikan mengikut keperluan institusi pendidikan, komuniti, atau organisasi.
Ceramah akan disampaikan oleh doktor perubatan yang berpengalaman berkhidmat di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Kerajaan / Separa Kerajaan. Kami akan memastikan doktor kami berdaftar di bawah Malaysia Medical Council ( MMC ) dan memiliki Sijil Amalan Tahunan / Anual Practising Certificate (APC) .
Hubungi kami untuk maklumat lanjut